5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi ke Polumpung Melangkap Kota Belud
melangkap kota belud

Polumpung Melangkap Kota Belud adalah salah satu destinasi wajib yang anda patut pergi sekiranya bercuti di Sabah.

Dalam artikel ini, kami dedahkan 5 sebab kenapa kami cadangkan anda bercuti di sini. Pastinya percutian anda menjanjikan 1001 kenangan indah.

#1 Destinasi Ideal Berkhemah

Image result for polumpung melangkap

Untuk pengetahuan anda, destinasi pelancongan ini adalah rare dan jarang dikenali oleh pelancong luar.

Polumpung Melangkap Kota Belud merupakan destinasi perkhemahan yang lebih sinonim di kalangan orang tempatan.

Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu terutama ketika cuti umum atau cuti sekolah.

Tapak perkhemahan ini mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Jika anda tiba ke sini seawal pagi, anda berpeluang untuk mendapat tapak perkhemahan yang cantik dan bersebelahan dengan sungai.

Yang menariknya, anda tidak perlu bawa apa-apa kelengkapan berkhemah ke sini.

Semua keperluan perkhemahan telah disediakan oleh pihak pengurusan dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Berikut merupakan harga bagi kelengkapan berkhemah:

Pakej Tidak Bermalam

  • Dewasa (13 tahun ke atas) – RM3
  • Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) – RM2
  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah – Percuma 

Pakej Bermalam (camping)

  • Dewasa – RM6 seorang/malam
  • Kanak-kanak – RM4 seorang/malam

Kemudahan Disediakan

  • Khemah pasang siap

Muat 4 orang – RM20/malam

Muat 6 orang – RM30/malam

  • Pelampung tiub

Kecil – RM3

Sederhana – RM5

Besar RM10

  • Bantal – RM3 sebiji/malam
  • Sleeping bag – RM 5/malam
  • Tikar plastik – RM3 sehelai/malam
  • Tilam kekabu – RM4 sehelai/malam
  • Dapur memasak

Di kawasan atap zink – RM30 pakej/malam

Di kawasan atap khemah – RM15/malam 

  • Bekalan elektrik disediakan di tapak perkhemahan

#2 Berlatar Belakangkan Gunung Kinabalu

polumpung melangkap Kota Belud

Gunung Kinabalu merupakan kemegahan Malaysia, khususnya negeri di bawah bayu ini. Jika anda ke destinasi ini, anda boleh menikmati panorama indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Polumpung Melangkap Kota Belud memiliki keindahan alam di kawasan jeram dan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.

Air terjun yang berasal dari puncak gunung merupakan nadi kawasan itu sendiri.

Mengikut kedudukan geografi, Polumpung berada pada bahagian belakang Gunung Kinabalu.

Manakala lembah Kundasang pula dianggap sebagai bahagian hadapan. Ketika cuaca cerah, puncak gunung akan jelas kelihatan.

#3 Matahari Terbenam di Gunung Kinabalu

Image result for polumpung melangkap Kota Belud sunset

Jika anda mengunjungi destinasi ini, jangan lupa untuk luangkan masa dan nikmati suasana matahari terbit dan terbenam.

Dengan kedudukan strategik di lereng bukit Kota Belud, pastinya menjanjikan pemandangan yang tak dapat anda lupakan sepanjang hidup.

Cahaya keemasan matahari yang terbit dan gumpalan awan yang mengelilingi Gunung Kinabalu. Pasti menghasilkan satu pemandangan yang amat cantik dan mengasyikkan.

Suasana yang jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk bandaraya, sudah pasti ianya memberikan ketenangan kepada anda. Jangan lupa untuk abadikan kenangan ini dengan bergambar.

 

#4 Sungai Viral Gunung Kinabalu

Image result for polumpung melangkap

Agenda utama di Melangkap Kota Belud semestinya bersantai dan bermandi manda di sungai Panataran. Ia merupakan salah satu tarikan utama di Kota Belud.

Sungai ini viral kerana keindahan sungai yang berlatar belakangkan pemandangan gunung itu sendiri. Air yang sejuk dan jernih, mengalir terus dari gunung.

Sungai ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Paras air yang cetek, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak bermandi manda. Namun begitu, ibu bapa dinasihatkan agar memantau anak anda ketika mandi di sungai.

Ini kerana arus yang deras boleh membahayakan. Untuk keselamatan, anda boleh menyewa pelampung berbentuk tiub dari pihak pengurusan.

#5 Aktiviti BBQ

Image result for polumpung melangkap bbq

Tak sempurna aktiviti perkhemahan tanpa barbeku. Jika anda merancang untuk bermalam di Melangkap kem, anda boleh barbeku di tempat ini.

Tapak dan peralatan barbeku ada disediakan di kem ini. Namun begitu, ia adalah terhad. Nak selamat, lebih baik anda bawa sendiri peralatan barbeku anda. Jadi tak perlu nak berebut dengan pengunjung lain.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan sendiri bahan mentah untuk barbeku.

Anda boleh bawa sendiri arang atau gunakan kayu api yang disediakan. Anda juga boleh kutip sendiri kayu api untuk buat unggun api!

Adora Travel

Anda dah puas lihat gambar Polumpung Melangkap Kota Belud dan mahu ke sini? Adora Travel ada untuk anda.

Adora Travel merupakan travel agensi tempatan yang berasal dari Sabah. Dengan pengalaman selama 5 tahun dalam industri pelancongan, Adora Travel menawarkan pakej pelancongan murah dengan perkhidmatan yang cekap.

Adora Travel juga menawarkan pakej pelancongan mesra muslim. Jadual perjalanan diatur bagi memastikan keselesaan dan kemudahan pelanggan yang beragama Islam.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk dapatkan perkhidmatan dari Adora Travel.

Comments

Leave a Reply