AKTIVITI MENARIK DI JOGJA
aktiviti menarik di Jogja

AKTIVITI MENARIK DI JOGJA

Jogja terkenal dengan alam semulajadi yang mengagumkan dan terdapat. Para pengunjung yang datang ke sini dapat menikmati keindahan Jogja. Ini adalah senarai aktiviti menarik di Jogja yang anda patut cuba.

 

1. BERGAMBAR DI DALAM AIR, UMBUL PONGGOK.

Aktiviti Menarik di Jogja - Umbul Ponggok
Source : Instagram
Aktiviti Menarik di Jogja - Bergambar di dlm Air
Source : Instagram

Umbu Ponggok salah satu destinasi yang wajib anda pergi  kerana anda berpeluang mandi mengambil gambar di dalam air untuk dijadikan kenangan yang manis kerana tempatnya yang unik. 

Di dalam kolam ini terdapat props untuk anda begambar seperti motorsikal, khemah, tv, meja makan, kereta dan banyak lagi.

 

2. HIKING GUNUNG BERAPI YANG AKTIF DI INDONESIA, GUNUNG MERAPI.

Aktiviti Menarik di Jogja - Aktiviti hiking Gunung Merapi

Aktiviti Menarik di Jogja- Menaiki Jip di Gunung Merapi
Source : Blogspot.com

Gunung Merapi adalah gunung yang masih aktif di Indonesia.

Sesuai untuk pelancong yang suka akan aktiviti mendaki dan melihat keindahan alam.

Pendakian ke gunung ini amat sukar tetapi anda akan dapat lihat pemandangan yang cantik apabila sampai. Terdapat tapak perkhemahan untuk berehat atau bermalam di sana.

Tetapi pendaki hanya boleh berada di kawasan Pasar Bubrah dan dilarang berada di tebing puncak tinggi kerana bahaya.

Sekiranya anda ke sini, anda perlu menjaga tingkah laku dan mengikut peraturan.

Jika anda tidak mahu mendaki, anda boleh ambil pakej menaiki jip untuk ke sana.

 

3. MENAIKI GONDOLA, PULAU TIMANG.

Jogja

Jogja
Source : Blogspot.com

Pulau Timang adalah salah satu pulau yang kecil di Jogja.

Untuk sampai ke sini, anda perlulah menaiki jip yang menggunakan tenaga manusia untuk keseberang Pulau Timang.

Lokasi ini juga adalah lokasi dimana nelayan menangkap lobster dan penggemar memancing.

Dahulunya, gondola dibuat adalah untuk mudahkan para nelayan menyeberangi lautan untuk menangkap lobstrer. Kini tempat ini dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong.

 

4. CATCHING THE HEAVEN’S LIGHT, GUA JOMBLANG.

Jogja
Source : Blogspot.com

Sekiranya anda berpeluang melihat sinaran syurga atau sun rays yang sangat memukau sedang memancar  ke dalam gua melalui lubang-lubang kecil dari atas.

Masa yang sesuai (dari 10 pagi hingga 2 petang).

Untuk masuk ke dalam gua ini anda haruslah memakai safety equipment untuk turun ke dalam gua (80 meter), macam abseiling tu.

Bagi anda yang sukakan aktiviti ekstrem ini adalah lokasi yang sesuai untuk anda.

 

5. KALIBIRU NATIONAL PARK.

Jogja
Source : Blogspot.com

Untuk pelancong yang sukakan tempat yang indah dan penuh alam semulajadi, anda bolehlah pergi ke Kalibiru National Park.

Tempat ini juga sangat tenang dengan udaranya juga sejuk dan segar, sangat sesuai untuk pengunjung yang mahukan ketenangan fikiran dan dekatkan diri dengan alam semulajadi.

Apa yang pasti view kat sini sangat cantik dan terbaik!

 

6. PARAGLIDING, PANTAI PARANGTRITIS.

Jogja
Source : Twitter

Salah satu aktiviti yang menarik di Jogja adalah paragliding, anda akan dibawa ke tebing yang tinggi di Pantai

Parangtritis untuk berlepas yang menghadap lautan biru, anda yang melakukan aktiviti ini akan dibawa  terbang selama 15 minit di sekitar tempat itu.

Anda akan menikmati pemandangan yang cantik iaitu gabungan lautan dan juga bukit-bukau yang ada di situ.

Selepas 15 minit, anda akan dibawa mendarat di atas kawasan pantai yang indah dan cantik.

Aktiviti hanya akan dibuka pada Disember – April

 

7. KALISUCI, GUA TUBING.

Activities Jogja
Source : Blogspot

Gua ini adalah salah satu keindahan alam semulajadi yang menjadi kebanggaan Indonesia.

Ada tiga di dunia iaitu Mexico, Selandia Baru dan Indonesia.

Cave tubing adventure mengambil masa selama 2 jam. Ada dua cave tubing sebenarnya yang boleh anda cuba.

Antaranya ialah Gua Pindul satu lagi adalah Kalisuci.

Sesetengah orang mengatakan Kalisuci ini lagi extreme dan mencabar kerana airnya lebih deras dan padu.

 

Jika anda ingin bercuti ke JOGJA dengan menggunakan pakej Adora Travel. Deposit serendah RM 200

boleh (lihat di sini).

Hubungi Tour Consultant Adora Travel : 010- 2628189 (Miss Niza)

Klik Link Whatsapp 

 

Comments

Leave a Reply