CSR - 01

CSR - CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITIES

CSR  – Adora Travel & Tour menitikberatkan kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan. Sebagai warga korporat yang prihatin, Adora Travel & Tour sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Antaranya adalah dengan memberi sumbangan kepada pertubuhan amal dan kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua dan khidmat kebajikan. Kami juga peka dengan isu semasa yang memerlukan bantuan dari kami contohnya mangsa bencana di Sabah.

Rumah Anak Yatim

CSR 01 – Adora Travel memberi sumbangan dari segi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan juga wang tunai. Kami percaya dengan bantuan dari pihak Adora Travel ini dapat meringankan beban anak yatim.

Rumah Orang Tua

Corporate Social Responsibilites

CSR 02 – Kami juga menjalankan aktiviti sukarelawan di pusat jagaan warga emas Kota Kinabalu. Kami turut memberikan sumbangan berupa wang dan barang keperluan. Adora travel ingin menerapkan sifat prihatin, kasih sayang dan hormat dikalangan pekerja Adora Travel.

Aktiviti Gotong-Royong

Corporate Social Responsibilites

CSR 03 – Aktiviti gotong royong membersihkan pantai di Kota Kinabalu Sabah. Adora Travel berkerjasama dengan pihak NGO untuk menjaga kebersihan pantai di kota Kinabalu, Sabah.