GUNUNG KINABALU

 Tahukah anda, Gunung Kinabalu kebanggaan penduduk Sabah?

“Akinabalu Mount” merupakan salah satu nama manja Gunung Kinabalu 😊

Perkataan “Kinabalu” asalnya merupakan perkataan daripada kaum Kadazandusun. Aki Nabalu, yakni “aki” membawa maksud nenek moyang, manakala “nabalu” bererti gunung iaitu “gunung nenek moyang”.

Bagi kepercayaan kaum Kadazandusun di Sabah, gunung Kinabalu  menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang.  Mereka mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati berada di puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum menjadi tumpuan Pelancong

Pada awalnya, aktiviti mendaki  dan meneroka ditegah sama sekali oleh kaum Kadazandusun untuk mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki. Kini, menjadi salah satu daya tarikan pelancong dari luar dan dalam negara untuk melancong ke Sabah.

Di puncak Gunung Kinabalu juga mempunyai kelopak-kelopak air yang dipercayai oleh kaum Kadazandusun sebagai Kolah harapan(wishing well) dimana para pendaki akan membuang syiling ke dalam kolah sebagai cara untuk menghormati roh nenek moyang supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.

Pantang larang berada di puncak Gunung Kinabalu

Menurut kepercayaan Kaum Kadazandusun, membuang air kecil atau besar ke dalam lopak air dilarang kerana mungkin boleh menyebabkan kemarahan “penghuni halus” yang menetap di sana. Oleh itu, kini kemudahan seperti tandas telah disediakan untuk pendaki agar memudahkan mereka untuk membuang air kecil/besar dan menjaga kebersihan sekeliling. Selain itu, penginapan juga disediakan untuk bermalam semalaman atau tempat untuk berehat bagi pendaki.

Fakta tentang Gunung KInabalu
Lopak air di Puncak

Fakta yang anda perlu tahu.

Gunung Kinabalu juga merupakan salah satu gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara yang mencecah ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Suhu boleh mencecah 0 darjah selsius. Ia juga adalah salah satu gunung berapi yang tidak aktif.

Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang ( Taman Kinabalu) mengambil jarak kira-kira 90 kilometer, perjalanan mengambil masa 2 jam menggunakan kenderaan darat. Jika anda menaiki bas dari Kota Kinabalu ke National Park, tambang yang dikenakan ialah RM 7.00 hingga RM15.00. Disarankan bertolak pada waktu pagi untuk melihat pemandangan gunung.

Apa yang best di Gunung Kinabalu?

Terdapat spesies flora yang jarang dijumpai ditempat lain seperti Rafflessia dan Nepenthes Rajah. Penduduk di kawasan gunung  juga sangat peramah dan mesra dengan pengunjung. Apa yang lebih menarik di sini ialah keindahan pemandangan dan cuaca yang nyaman.

 

Map Pendakian Gunung Kinabalu
Peta laluan bagi trek dakian ke puncak.

Credit to Amazing Borneo

Adora Travel

Anda inginkan pakej percutian ke Sabah yang best tapi relaks dan menarik? Dapatkan pakej percutian dari Adora Travel.

Adora Travel menawarkan pakej muslim. Jadual perjalanan diatur bagi memastikan keselesaan dan kemudahan pelanggan yang beragama Islam.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Comments

Leave a Reply