fbpx

Pulau Manukan: Adakah Ia Berbaloi Untuk Anda Pergi?

pulau manukan

“Orang kata Pulau Manukan ni best. Betul kah? Saya cuma nak kepastian sebab kat Sabah ni banyak pulau yang menarik.”

Sekiranya anda bercadang nak pergi snorkelling ke Pulau Manukan, ianya memang tempat terbaik untuk anda.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu seperti harga tiket, jarak perjalanan serta aktiviti-aktiviti yang menarik di Pulau Manukan.

Teruskan membaca hingga habis.

Kenapa Perlu Pergi Pulau Manukan?

Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Pulau ini sering menjadi pilihan pelancong, samada pelancong tempatan mahupun pelancong asing.

Kira-kira 200,000 pelancong datang ke Pulau Manukan Sabah setiap tahun.

Bagi mereka yang inginkan trip ke pulau berdekatan dengan Kota Kinabalu, inilah pilihan terbaik. Selain dari itu, ada 3 sebab anda perlu datang ke sini.

1. Pantai putih yang panjang

pulau manukan

Pantai yang berukuran 1.5 km dengan pasir putih halus, menghadap air laut yang jernih dan cantik.

Di sini, air laut sangat tenang dan cetek. Sesuai bagi mereka yang tidak cekap berenang dan selamat untuk anak kecil.

2. Kemudahan lengkap

Berbanding dengan pulau lain di taman negara ini, Pulau Manukan mempunyai kemudahan yang paling lengkap.

Hampir semua benda yang anda perlu ada di sini; tandas, bilik mandi, restoran, kedai cenderahati dan penginapan.

3. Tempat snorkelling paling best

dalam laut pulau manukan

Dalam banyak-banyak pulau di taman negara ini, snorkelling di Pulau Manukan yang paling best.

Confirm boleh nampak Nemo kalau anda snorkelling di sini!

Bagaimana Nak Pergi ke Pulau Manukan Sabah?

boat pulau manukan

Untuk ke pulau ini, anda boleh naik bot dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Perjalanan dari KK ke sana hanya mengambil masa 15 minit.

Terminal feri ini beroperasi seawal 8 pagi hingga 4 petang, jadi anda boleh pilih masa yang sesuai.

Anda juga digalakkan untuk ke sana pada waktu pagi. Baru puas nak bermandi manda di pulau nanti.

Apabila dah sampai di pulau, maklumkan pada pemandu bot anda untuk ambil anda pada jam berapa. Terpulang pada anda, asalkan sebelum pukul 4.30 petang.

Berapa Harga Tiket Jeti ke Pulau Manukan?

Untuk ke sini, anda perlu bayar harga bot dan juga yuran pulau untuk masuk ke pulau.

Tiket bot boleh dibayar di jeti, manakala yuran pulau perlu dibayar di tempat masuk pulau.

Harga bot pergi balik: RM23 (dewasa), RM18 (kanak-kanak)

Yuran pulau: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Aktiviti-Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan di Pulau Manukan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di pulau ini. Banyak aktiviti adalah berbayar, jadi pastikan anda membawa wang tunai secukupnya.

1. Snorkelling

snorkeling pulau manukan

Aktiviti yang wajib anda lakukan jika ke Pulau Manukan – snorkelling.

Kebiasaannya, bot dari KK ada menyediakan alatan snorkelling. Selain itu, anda juga boleh sewa alatan snorkelling di pulau.

Kalau anda tidak pandai berenang, jangan risau. Pakai saja jaket keselamatan.

Terdapat bermacam jenis batu karang di sepanjang pantai pulau ini. Airnya sangat jernih, anda boleh lihat pemandangan dalam air dengan jelas.

Anda juga dapat lihat pelbagai spesis ikan di sini.

2. Scuba-doo

scuba-doo

Aktiviti ini seakan menaiki scooter, tetapi di dalam air.

Uniknya, aktiviti ini hanya terdapat di pulau ini. Harga bagi scuba-doo adalah RM250 untuk 30 minit.

3. Banana Boat Ride

banana boat

Aktiviti ini sering menjadi pilihan, terutama bagi mereka yang melancong dalam kumpulan. Harga bagi banana boat ride adalah RM40 seorang.

4. Lain-lain

Selain dari aktiviti yang disebutkan tadi, terdapat juga aktiviti lain yang menarik di sini. Antaranya seperti:

  • Sea walking – RM250
  • Parasailing – RM90
  • Flying fish – RM70
  • Jet ski – RM165
  • Discovery scuba diving (DSD) – RM300

Gambar-Gambar Pulau Manukan Yang Menakjubkan!

Tak percaya dengan keindahan pulau ini? Jom tengok gambar-gambar Pulau Manukan yang pasti memukau mata yang melihat.

Kredit: Lonely Planet

Kredit: Trip Advisor

Kredit: Lokalocal

Kredit: Klook

Kredit: Culture Trip

Adora Travel

Anda inginkan percutian ke Sabah yang relaks tapi menarik? Dapatkan pakej percutian anda dengan Adora Travel.

Travel agency Sabah ini mempunyai pengalaman serta pengetahuan mengenai selok-belok negeri Sabah.

Anda akan diiringi oleh tour guide yang berpengalaman serta peramah dan dibawa ke tempat yang menarik dan cantik untuk bergambar.

Dengan deposit serendah RM300 per pax, anda boleh dapatkan pakej percutian bersama Adora Travel.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi diskaun 15% untuk pakej percutian.