fbpx

Dah Jumpa! 21 Pulau Di Sabah Yang Cantik di Mata Dekat Di Hati

pulau di sabah

“Alunan bayu Sabah yang lembut memanggil-manggil anda untuk ke sana. Rasa nak pergi sahaja ke pulau di Sabah ini.”

Sekiranya anda bercadang nak menikmati kecantikan pulau-pulau di Sabah, ini adalah artikel yang anda patut baca.

Di sini kami juga kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pulau tercantik di Sabah serta cara untuk sampai ke sana.

Teruskan membaca hingga habis.

1. Taman Marin Tunku Abdul Rahman

pulau di sabah

Taman Marin Tunku Abdul Rahman menempatkan lima pulau di Sabah yang sememangnya terkenal. Lima pulau tersebut termasuk:

  • Pulau Mamutik
  • Pulau Sulug
  • Pulau Sapi
  • Pulau Manukan
  • Pulau Gaya

Taman ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana lokasinya yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu.

2. Pulau Mabul

pulau di sabah

Pulau Mabul semakin popular di kalangan pelancong yang inginkan percutian seakan di Maldives. Pulau ini terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan.

Pulau di Sabah ini kaya dengan batu karang. Ia memiliki 200 hektar terumbu karang yang menjadi habitat pelbagai hidupan marin, seperti sotong kurita, udang, ketam dan bermacam spesis ikan.

Ia juga merupakan salah satu lokasi menyelam terbaik di Malaysia.

3. Pulau Sipadan

pulau di sabah

Jika dah ke Pulau Mabul, anda mesti singgah ke Pulau Sipadan. Jarak perjalanan antara dua pulau ini hanya 15 minit sahaja.

Untuk pengetahuan anda, pulau ini merupakan salah satu destinasi menyelam scuba yang terbaik di dunia.

Ia pernah mendapat liputan di media antarabangsa, seperti Discorvery Channel dan National Geographic.

4. Pulau Manukan

pulau di sabah

Salah satu dari 5 buah pulau dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Pulau Manukan adalah yang kedua terbesar dalam rangkaian ini.

Ia mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai. Selain itu, ia juga lengkap dengan fasiliti sempurna untuk kemudahan pelancong.

5. Pulau Sapi

pulau di sabah

Berdekatan dengan Pulau Manukan, pulau ini juga kaya dengan hidupan laut.

Biarpun kecil, pulau di Sabah ini menawarkan pelbagai spesis ikan untuk aktiviti snorkelling.

Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk anda cuba.

6. Taman Marin Tun Sakaran

pulau di sabah

Taman Marin Tun Sakaran juga dikenali sebagai Taman Kepulauan Semporna. Ia terdiri daripada beberapa pulau, seperti:

  • Pulau Sibuan
  • Pulau Bohey Dulang
  • Pulau Salakan

Dalam lingkungan taman marin ini, anda dapat menikmati panorama indah hidupan marin yang mempesonakan.

7. Pulau Sibuan

pulau di sabah

Pulau Sibuan merupakan sebahagian dari Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini adalah yang terindah di permukaan Laut Sulawesi.

Pulau ini sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan mendekati hidupan marin. Terdapat pelbagai spesis fauna di sini, seperti kuda laut, ikan singa dan ikan kala jengking.

8. Pulau Layang Layang

pulau di sabah

Pulau ini terletak jauh dari Kota Kinabalu. Jadi, kos untuk ke sini agak tinggi kerana anda perlu menaiki kapal terbang.

Namun percayalah, ia sangat berbaloi. Pulau di Sabah ini memiliki panorama dasar laut yang menakjubkan.

Kedudukannya yang jauh dari pencemaran menjadikan keindahannya lebih memukau.

9. Pulau Kapalai

pulau di sabah

Pulau ini agak jarang didengari dan rare kerana lokasinya yang agak terpencil.

Pulau Kapalai merupakan semua pulau kecil yang terletak di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Pulau ini adalah syurga bagi penyelam scuba dan snorkelling.

Ia juga merupakan destinasi bulan madu yang sangat istimewa buat pengantin baru.

10. Pulau Lankayan

pulau di sabah

Pulau Lankayan terletak di Lautan Sulu di Sandakan. Ia memiliki pantai yang berpasir putih dan di kelilingi dengan terumbu karang yang kaya dengan hidupan marin.

Apa yang istimewanya, pulau ini merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Anda pasti tak akan lepaskan peluang untuk saksikan peristiwa ini.

11. Pulau Mataking

pulau di sabah

Pulau ini merupakan destinasi bulan madu yang terkenal di kalangan pelancong dari Eropah.

Pulau Mataking memiliki pantai berpasir putih dan air jernih. Pasti menjanjikan kenangan romantis dan mewah.

12. Pulau Tiga

pulau tiga

Pulau Tiga terdiri dari tiga buah pulau yang membentuk Taman Negara Pulau Tiga. Ia terkenal sebagai lokasi pengambaran rancangan TV realiti, Survivor: Borneo.

Pulau ini memiliki kolam lumpur gunung berapi. Ia dikatakan mempunyai kesan terapi yang baik untuk kesihatan.

13. Pulau Bohey Dulang

Image result for bohey dulang island

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran. Ia terletak lebih kurang 30 minit dari bandar Semporna.

Pulau ini dikatakan mempunyai pemandangan laut yang paling menarik di Sabah.

Ia sering menjadi pilihan photographer professional untuk mengadakan pengambaran.

14. Pulau Gaya

Image result for gaya island

Di pulau ini, anda boleh menginap di Bunga Raya Resort. Kawasan ini dikelilingi oleh kesegaran alam semulajadi hutan hujan.

Selain itu, ia menawarkan kelainan dengan villa-villa yang dibina dari kayu dengan rekabentuk tradisional Borneo.

15. Pulau Pom Pom

Image result for pom pom island

Pulau ini terbahagi kepada dua:

  • Pom Pom Besar
  • Pom Pom Kecil

Pulau Pom Pom menjanjikan pelbagai jenis hidupan marin untuk penggemar scuba. Ia juga merupakan syurga bagi penyu-penyu untuk menetaskan telur.

16. Pulau Timba Timba

Image result for timba timba island

Lagi satu pulau di Sabah yang rare dan jarang dikenali ramai. Pulau Timba Timba terletak berhampiran dengan Pulau Mataking.

Apa yang menariknya, perairan pulau ini mempunyai tiga lapisan warna yang cukup luar biasa. Selain itu, pulau ini juga merupakan tempat persinggahan penyu.

17. Pulau Bum Bum

Image result for bum bum island

Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan Semporna dan Lahad Datu. Pulau ini dikatakan memiliki saiz yang lebih kurang sama dengan saiz Singapura.

Jika anda ke Semporna, anda perlu singgah ke pulau ini.

Airnya yang jernih, menjadikan ia sebagai lokasi hebat untuk snorkelling dan menyelam scuba.

18. Pulau Banggi

Image result for banggi island

Walaupun jarang didengar, Pulau Banggi adalah pulau terbesar di Malaysia. Malahan, ia lebih besar dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang!

Pulau di Sabah ini merupakan kawasan perkampungan bagi pelbagai suku kaum di sini.

Jika anda berminat untuk mendekati budaya tempatan, apa kata singgah ke pulau ini.

19. Pulau Mantanani

Image result for mantanani island

Pulau Mantanani terdiri daripada tiga buah pulau, iaitu:

  • Mantanani Besar
  • Mantanani Kecil
  • Linggisan

Ia juga dikenali sebagai Pulau Duyung. Ini kerana dugong merupakan pengunjung tetap pulau ini.

20. Pulau Dinawan

Image result for dinawan island

Dari Pulau Dinawan, anda boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang indah.

Selain itu, pulau ini juga menyediakan pelbagai sukan air seperti berkayak, memancing dan snorkelling.

21. Pantai Kelambu

Image result for kelambu island

Pantai ini jarang didengari. Bukan kerana ia kurang menarik, tetapi kekurangan dari segi fasiliti berbanding pulau lain.

Namun, anda dapat menikmati ketenangan pantai yang sebenar di sini.

Adora Travel

Anda inginkan pakej percutian ke Sabah yang best tapi relaks dan menarik? Dapatkan pakej percutian dari Adora Travel.

Adora Travel menawarkan pakej muslim. Jadual perjalanan diatur bagi memastikan keselesaan dan kemudahan pelanggan yang beragama Islam.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.