“Kita nak jalan-jalan ke Kundasang ni. Awak dah jumpa tempat menarik di Kundasang ke?”

Sekiranya anda masih belum tahu lagi tempat-tempat di Kundasang, inilah artikel yang anda patut baca.

Pastinya percutian anda ke sana suatu pengalaman yang istimewa dan tidak dapat dilupakan.

Kenali Kundasang Sabah

Kundasang merupakan sebuah pekan yang terletak di sepanjang Lembah Kundasang di daerah Ranau, Sabah.

Ia merupakan sebuah lokasi yang strategik, terletak kira-kira 6 km dari Taman Negara Kinabalu dan 12 km dari Pekan Ranau.

Kundasang sememangnya terkenal dengan pasar Kundasang.

Sentiasa beroperasi selama 7 hari seminggu, pasar Kundasang terkenal dengan sayur-sayuran segar hasil tanaman tempatan.

Lokasinya yang sangat berhampiran dengan Gunung Kinabalu, menjanjikannya pemandangan yang indah dan mengasyikkan.

Cuaca yang dingin dan menyenangkan, menjadikan Kundasang sebagai destinasi yang sering menjadi tumpuan.

27 Tempat Menarik di Kundasang Yang Rasa Seperti di New Zealand

Ada banyak destinasi hebat di sekitar Kundasang. Antaranya seperti:

1. Desa Cattle Dairy Farm

tempat menarik di kundasang

Inilah dia tempat yang menjadikan Kundasang terkenal sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah.

Ladang tenusu ini merupakan pusat pelancongan utama di Kundasang.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di ini.

Antaranya seperti melihat cara memproses susu lembu, melihat proses pemerahan susu lembu dan memberi makanan kepada anak lembu dan kambing.

Anda juga boleh menikmati susu lembu segar dan makanan yang berasaskan susu lembu.

2. Taman Negara Kinabalu

tempat menarik di kundasang

Taman Negara Kinabalu merupakan tempat menarik di Kundasang yang sangat popular. Setiap tahun, taman ini menerima kunjungan dari ribuan pelawat yang ingin ke kemuncak Gunung Kinabalu.

Jika anda bernasib baik dan cuaca mengizinkan, anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pintu masuk Taman Negara Kinabalu.

3. Kundasang War Memorial

tempat menarik di kundasang

Jika anda seorang pencinta sejarah, anda mesti lawati tempat ini. Di sini, terdapat 4 taman bertema yang menempatkan monument bersejarah.

Ia menceritakan detik bersejarah ketika negara kita dijajah oleh Jepun pada tahun 1945.

4. Ladang Teh Sabah

tempat menarik di kundasang

Bukan Cameron Highland sahaja yang ada ladang teh, Sabah pun ada! Jika anda datang ke Kundasang, anda mesti lawati Ladang Teh Sabah.

Pelbagai pakej menarik ditawarkan di sini.

Dari penginapan, canopy walk, restoran hingga kedai teh. Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai jenis teh dan minuman lain yang disediakan di kafe.

5. Kolam Air Panas Poring

tempat menarik di kundasang

Kolam Air Panas Poring terletak di kawasan rendah, kira-kira 43 km dari Taman Negara Kinabalu.

Mata air panas ini mengandungi khasiat mineral dan sulfur yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Jika anda berkunjung ke Kundasang, pastikan destinasi ini termasuk dalam itinerary anda.

6. Kampong Arnab Kundasang

tempat menarik di kundasang

Tempat ini terletak di antara Kundasang dan Ranau.

Jika anda bercuti bersama keluarga dan anak kecil, pasti teruja melihat arnab-arnab yang comel di kampung ini.

Selain dari bermain bersama arnab, anda juga boleh memberi makan pada arnab yang jinak ini.

7. Taman Rose dan Strawberry Kundasang

Kebun ini terletak di kawasan yang luas.

Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan, seperti ros, lily, matahari dan kaktus.

8. JS Nursery Kundasang

Jika anda ingin dapatkan pokok bunga dari Kundasang, inilah tempat nya.

Di nursery ini, terdapat pelbagai jenis pokok bunga dan tanaman kaktus.

Anda boleh membeli dan membawa pulang tanaman idaman hati.

9. Timpohon Gate

Timpohon Gate merupakan salah satu pintu masuk ke Gunung Kinabalu.

Jika anda tidak berminat untuk mendaki, anda boleh sahaja melawat kawasan ini.

Selain dari pemandangan yang indah, anda juga boleh bermain dengan tupai-tupai comel yang ada di sini.

10. Jambatan Gantung Tamparuli

Jambatan gantung ini sangat terkenal di Sabah. Untuk pengetahuan anda, jambatan ini pernah musnah suatu ketika dulu akibat dari banjir besar.

Kini, jambatan ini lebih kukuh dengan sokongan tiang konkrit dan tali besi.

Jadi, anda tidak perlu takut ketika berjalan di jambatan ini.

Namun begitu, elakkan dari melawat kawasan ini ketika paras air sungai sedang tinggi.

11. Rumah Terbalik Tamparuli

Jika anda berkunjung ke sini, jangan terkejut pula. Di sini, semua rumah dibina secara terbalik.

Sampaikan kereta pun diletakkan secara terbalik di garaj.

Anda boleh masuk sendiri ke dalam rumah-rumah di sini dan alami rumah terbalik.

Bayangkan, lantai jadi siling, siling jadi lantai. Pasti memberi pengalaman yang menakjubkan.

12. Sosodikon (Pyramid) Hill

Bagi anda yang meminati aktiviti lasak, anda boleh mendaki ke puncak Bukit Sosodikon.

Di puncak, anda dapat menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan.

Di sebelah utara terdapat pemandangan dari kawasan Kinabalu, dan di bahagian selatan pula pemandangan bukit bakau yang berbentuk seperti pyramid.

13. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti

Di sini terdapat ikan terapi yang terdiri dari pelbagai jenis dan berbeza saiz.

Ikan terapi ini akan menggigit kulit mati yang terdapat pada badan. Jangan risau, ia tidak membahayakan anda.

14. Pekan Ranau

Pekan Ranau merupakan pusat kepada kawasan Kundasang.

Di sini terdapat bermacam-macam tarikan yang anda perlu lawati.

15. Ranau Paragliding Park

Tapak untuk sukan paragliding ini terletak di atas bukit yang dihiasi dengan pemandangan Taman Kinabalu dan Lembah Liwagu yang menakjubkan.

Bagi anda yang inginkan pengalaman paragliding, anda mesti lawati tempat ini.

16. Kundasang Mount Valley Recreation

Destinasi ini merupakan tempat menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti luar.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah memanah dan flying fox.

17. Pasar Pekan Kundasang

Tak lengkap percutian anda ke Kundasang kalau tidak singgah ke Pasar Pekan Kundasang.

Di sini, pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar dijual. Semuanya selamat tanpa racun serangga.

18. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Jika anda ingin membawa pulang cenderamata untuk keluarga dan kenalan, ini lah tempat nya.

Pelbagai jenis barangan kraftangan ada dijual di sini. Sebelum pulang, pastikan anda singgah Pasar Kraftangan Pekan Nabalu.

19. Mesilou Nature Park

Selain dari Taman Kinabalu, anda juga boleh berkunjung ke Mesilou Nature Park. Di sini terdapat pelbagai tumbuhan hutan tropika.

Anda juga boleh jungle trekking di sini melalui beberapa denai hutan, seperti Nepenthes Raja Trail dan Kogonom Trail.

20. Strawberry Farm Mesilou

Di sinilah tempatnya jika anda ingin tengok pokok strawberi di Kundasang.

Sebelum datang ke sini, pastikan anda semak dahulu musim ia berbuah.

21. Mesilou Cat’s Village

Tempat menarik ini baru sahaja dibuka untuk kunjungan orang ramai. Bagi peminat kucing, tempat ini sangat sesuai untuk anda.

Pelbagai aktiviti bersama kucing boleh dilakukan di sini, termasuk bermain, bermanja dan memeluk pelbagai baka kucing.

22. Marakau Cabin Lodge

Marakau Cabin Lodge merupakan tempat penginapan yang menarik. Terdapat cabin yang telah direka bentuk sebagai bilik.

Selain itu, udaranya yang sejuk dan nyaman pasti memberi ketenangan sepanjang anda menginap di sini.

23. Crystal Hill

Inginkan penginapan yang dilengkapi dengan pemandangan bukit bakau? Inilah tempat yang anda cari.

Di sini, anda boleh nikmati pemandangan indah sewaktu matahari naik dan terbenam.

24. Air Terjun Langganan

Air Terjun Langganan merupakan air terjun tertinggi di Sabah dengan ketinggian mencecah 120 meter.

Perjalanan ke kawasan air terjun agak mencabar, tapi sangat berbaloi.

25. Tugu Nunuk Ragang

Tugu ini merupakan monument etnik Kadazan-Dusun yang merupakan etnik terbesar di Sabah. Nunuk Ragang bermaksud pohon ara merah.

Ia dipercayai merupakan tempat asal nenek moyang etnik ini.

26. Maragang Hill

Maragang Hill terletak di kaki Gunung Kinabalu. Ia memiliki ketinggian mencecah 2232 meter dari aras laut.

Pendakian menuju ke puncak bukit ini boleh dijadikan sebagai latihan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Destinasi rekreasi ini baru sahaja dibuka kepada orang awam pada 16 September 2017.

27. Kokob Rafflesia Conservation Garden

Bunga rafflesia sangat terkenal di Kepulauan Borneo. Di sini, anda boleh lihat bunga ini dengan lebih dekat.

Namun begitu, rancang masa lawatan anda agar mengena dengan waktu bunga ini mekar. Baru lah tidak sia-sia kunjungan anda.

Sedang Mencari Pakej Kundasang Terbaik?

Anda inginkan percutian ke Kundasang yang menarik tapi santai? Dapatkan pakej Kundasang dari Adora Travel.

Rasai pengalaman seperti di New Zealand dengan Adora Travel. Penginapan yang disediakan, berlatarkan keindahan pemandangan Gunung Kinabalu.

Selain itu, anda akan diiringi oleh driver yang peramah dan berpengetahuan. Ini menjanjikan pengalaman menarik sepanjang anda berada di Kundasang.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu dengan servis yang ditawarkan.

 

Klik sini untuk menghubungi Adora Travel dengan segera