Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang tempat menarik di Sabah.

Sekiranya anda sedang merancang untuk melawat tempat menarik di Sabah dan tidak tahu tempat untuk dilawati lagi, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Apa Tempat Yang Menarik di Sabah?

Sabah, negeri di bawah bayu.

Ternyata, terdapat fakta yang menarik di sebalik gelaran tersebut.

Kedudukan Sabah yang strategik terletak di kawasan bawah laluan angin monsun.

Ia tidak pernah dilanda rebut taufan, hanya beberapa rebut tropika berskala kecil.

Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Sabah?

Secara geografi, Sabah kaya dengan pelbagai sumber alam semulajadi.

Ia merupakan kawasan yang bergunung-ganang dan dihiasi dengan sungai-sungai yang mengalir.

Selain itu, Sabah juga mempunyai banyak pulau yang cantik.

Lebih dari 40 pulau yang menanti untuk dilawati.

Tempat menarik di Sabah sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan tempatan.

Jika anda tidak berminat untuk melancong jauh ke luar negara, anda perlu teroka sendiri tempat menarik di Sabah.  

 

  1. Gunung Kinabalu

tempat menarik di sabah

Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Ketinggian puncaknya mencecah 4,095 meter dari aras laut.

Gunung Kinabalu merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.

Ia juga sering menjadi destinasi pilihan buat mereka yang gemar aktiviti ekstrem seperti mendaki gunung.

 

2. Taman Negara Kinabalu

tempat menarik di sabah

 

Taman Negara Kinabalu merupakan antara taman negara tertua di Malaysia.

Di sini terletaknya Gunung Kinabalu.

Bagi mereka yang berniat untuk memulakan pendakian Gunung Kinabalu, Taman Negara Kinabalu merupakan salah satu tempat untuk memulakan pendakian.

Jika anda bertuah, anda mungkin berpeluang untuk melihat bunga rafflesia.

 

3. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

 

Kawasan pemuliharaan ini menempatkan orang utan.

Tempat ini bertujuan untuk melindungi spesis ini dari ancaman kepupusan, sambil mengekalkan ciri-ciri habitat asli orang utan.

Kunjungi tempat ini untuk melihat dan berinteraksi dengan haiwan ini secara lebih dekat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada orang utan.

 

4. Taman Laut Tunku Abdul Rahman

 

Taman laut ini terdiri dari lima gugusan pulau yang cantik dan menarik.

Daripada kesemua pulau itu, hanya empat buah pulau menjadi tarikan di kalangan pelancong.

Melalui aktiviti island hopping, anda boleh lawati Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.

 

5. Kota Kinabalu Wetland Centre

Kawasan ini merupakan hutan bakau yang berkeluasan 24 hektar.

Ia menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna seperti ketam bakau, biawak serta pelbagai spesis burung.

Untuk pengetahuan anda, kawasan ini pernah dikenali dengan nama Kota Kinabalu City Bird Sanctuary.

Tempat menarik di Kota Kinabalu ini sangat sesuai buat anda yang sukakan alam semulajadi.

 

6. Kolam Air Panas Poring

Di sini, anda berpeluang untuk merasai kolam air panas semulajadi yang berpunca dari gunung.

Ia juga dikatakan mempunyai kandungan sulfur yang baik untuk tubuh badan.

Selain dari kolam air panas awam, di sini juga disediakan pelbagai jenis kolam air panas.

Anda boleh dapatkan kolam air panas peribadi dengan harga yang berpatutan.

 

7. Tip of Borneo – Tanjung Simpang Mengayau

Tempat menarik di Sabah ini turut dikenali sebagai Tanduk Negeri Sabah.

Jika anda lihat di peta, ia kelihatan seperti kepala anjing.

Kawasan ini terletak di hujung utara kepulauan Borneo.

Ia juga merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

 

8. Pulau-pulau menarik di Sabah

Sabah sememanganya terkenal dengan pulau-pulau sebagai tempat pelancongan.

Pelbagai aktiviti boleh diadakan di kawasan pulau.

Antaranya seperti scuba diving dan island hopping.

Antara pulau-pulau yang cantik di Sabah:

  • Pulau Mabul
  • Pulau Mantanani
  • Pulau Lankayan
  • Pulau Sipadan

 

9. Desa Dairy Cattle Farm

Ladang tenusu ini terletak di kaki Gunung Kinabalu, di Kundasang.

Kebanyakan susu lembu dan produk tenusu Sabah dihasilkan di sini.

Tempat ini juga digelar sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah.

Pemandangannya yang terbentang luas dengan kehijauan rumput, semestinya memukau.

 

10. Kundasang

Selain dari ladang tenusu, terdapat banyak lagi tempat menarik di Kundasang.

Jika anda sukakan sejarah, anda boleh lawati Kundasang War Memorial.

Selain itu, Pekan Kundasang juga merupakan syurga membeli-belah.

Dengan cuaca yang sejuk, anda boleh dapatkan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan organik.

Anda boleh lawati banyak tempat menarik di Kundasang dengan Adora Travel.

 

Adora travel

Anda inginkan percutian ke Sabah yang relaks tapi menarik? Dapatkan pakej percutian dari Adora Travel.

Adora Travel menawarkan pakej muslim. Jadual perjalanan diatur bagi memastikan keselesaan dan kemudahan pelanggan yang beragama Islam.

Selain itu, anda juga boleh memilih antara 2 pakej, iaitu pakej private dan grouping.

Ia mengikut kesesuaian bajet dan kehendak anda.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu dengan servis yang ditawarkan.

 

Klik sini untuk menghubungi Adora Travel dengan segera.