Tempat BEST di Bangkok
Tempat menarik best di Bangkok

Tempat BEST di Bangkok

Bangkok adalah salah satu bandar terbesar di Thailand  yang terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, ianya berdekatan dengan Teluk Thailand. Bangkok juga merupakan destinasi pelancongan yang popular di dunia. Ini adalah senarai tempat yang best di Bangkok

1. Safari World, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - 01

Safari World adalah sebuah zoo yang bukan biasa anda lawati, tetapi sebuah taman yang sesuai anda dan sekeluarga untuk melihat haiwan lebih dekat, anda perlu menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak safari. Antara haiwan yang terdapat adalah seperti zirafah, beruang, kuda belang, singa, rusa, harimau dan banyak lagi. Di Sadari World juga terdapat pertunjukan orangutan, singa laut, ikan lumba-lumba dan gajah.

Waktu Operasi  : Safari Park ( 9am – 5pm ) , Marine Park ( 9am – 6pm )

Bayaran Masuk : Safari World – Dewasa 400 Baht, Kanak-kanak 300 Baht

                                    Marine Park – Dewasa 700 Baht, Kanak-kanak 450 Baht

 

2. Pasar Terapung Damnoen Saduak, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - pasar terapung

Pasar Terapung adalah tempat membeli-belah yang unik dan cukup terkenal di seluruh dunia. Kalau nak membeli-belah dengan lebih seronok, anda bolehlah menyewa satu sampan yang akan membawa anda dari satu bot ke satu bot untuk membeli pelbagai jenis makanan dan beberapa cenderamata.

Hari & Masa : Setiap Hari (6am – 12am)

 

3. The Human Body Museum, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - human body

Muzium ini memaparkan struktur badan manusia seperti yang kita belajar di sekolah menengah tu tetapi lebih meluas. Muzium ini tidak seram seperti Muzium Siriraj, tetapi di Muzium ini anda akan dapat menyentuh otak manusia yang sebenar.

Hari & Masa       : Isnin – Jumaat (10am – 4pm )

                                     Hujung Minggu & Cuti Umum ( Tutup )

Bayaran Masuk : Dewasa 300 Baht, Kanak-kanak 100 Baht

 

4. Queen Saovabha Memorial Institute, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - queen saovabha

Ini adalah ladang penternakan ular. Ladang ini ditubuhkan untuk menghasilkan ular yang anti-venom dan untuk tujuan perubatan. Di tempat ini terdapat makmal khas untuk menjalankan kajian bisa ular dan penghasilan vaksin yang membantu untuk perubatan. Di sini juga anda akan dapat melihat secara langsung bagaimana bisa ular dikeluarkan, anda juga akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan si muzium ini kerana terdapat sebuah muzium yang lengkap dengan informasi tentang pelbagai jenis ular.

Hari & Masa       : Isnin – Jumaat (8.30am – 4.30am ), Sabtu & Ahad ( 8.30am – 12pm )

Bayaran Masuk : 200 Baht

 

5. Siriraj Medical Museum, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - siriraj medical

Muzium ini adalah muzium yang terdapat banyak mayat-mayat yang telah dimumiakan, sesetengahnya daripada penjenayah dan sesetengahnya lagi daripada mayat yang memailiki kecacatan. Muzium ini juga mempunyai gambar mangsa langgar kereta api dan banyak yang boleh menghilangkan senyuman dan selera makan anda. Bagi anda yang meminati anatomi manusia, bolehlah berkunjung ke sini. Ini adalah salah satu muzium yang sesuai untuk anda. 

Hari & Masa       : Rabu – Isnin ( 10am – 5pm )

Bayaran Masuk : Dari 50 Baht – 300 Baht

 

6. Bangkok Night Lights Tuk Tuk Tour, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - tuk - tuk

Bukan sahaja negara lain mempunyai tuk-tuk ( beca berenjin ), malah Thailand juga mempunyai tuk-tuk untuk mengelilingi kawasan bandaraya. Lagi bagus sekiranya anda menempah pakej tuk – tuk untuk menikmati pemandangan sekitar Bangkok yang penuh cahaya pada waktu malam. Sekiranya anda ingin menempah tuk-tuk secara spontan, anda perlulah bijak memilih agar tidak ditipu.

Masa       : 7pm – 11pm ( 4 Jam )

Bayaran : Bermula dari 1594 Baht

 

7. Rumah Agam Vimanmek, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - Rumah agam

Rumah ini diperbuat daripada kayu jati terbesar di dunia yang mempunyai ciri seni bina Viktoria. Mempunyai 31 buah bilik yang telah dijadikan sebagai ruang galeri. Dahulunya rumah ini dijadikan sebagai tempat tinggal keluarga diraja, kini rumah ini telah menjadi sebuah muzium yang memaparkan pelbagai artifak purba, perabot antik dan beberapa gambar yang diberikan oleh raja Thailand.

Hari & Masa       : Selasa – Sabtu ( 8.30am – 4.30pm )

Bayaran Masuk : 100 Baht

 

8. Perlawanan Air Semasa Festival Songkran, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - festival songkran

Festival ini merupakan festival untuk sambutan Tahun Baru Thailand yang telah diadakan sejak dahulu lagi. Sambutan ini dikatakan sekiranya anda menyembur air, dosa dan nasib malang dapat dibuang. Tetapi kini, aktiviti ini telah bertukar menjadi sebuah perlawanan air yang cukup meriah di kawasan Thailand. Disebabkan kepadatan penduduk dan juga pelancong-pelancong dari luar negara dan dalam negara menjadikan festival ini sangat meriah.

Tarikh Festival : 13 – 15 April

 

9. Dusit Zoo, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - dusit zoo

Zoo ini adalah yang tertua di Thailand ( 60 tahun ). Dibina oleh Raja Chulalongkorn sebagai taman peribadinya. Tetapi selepas kematiannya, taman ini terbiar dan diambil alih oleh kerajaan Bangkok. Selepas itu, kerajaan memberinya kepada Zoological Park Organization. Zoo ini mempunyai 1600 ekor haiwan, termasuklah buaya, harimau, penguin, kangaroo, monyet dan banyak lagi. Zoo ini juga memiliki pusat pendidikan, sebuah kereta api dan muzium sendiri.

Hari & Masa       : Setiap hari ( 8am – 6pm )

Bayaran Masuk : Dewasa 150 Baht , Kanak-kanak 70 Baht

 

10. Sungai Chao Phraya, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - sg chao phraya

Nama sungai ini adalah Sungai Chao Phraya yang bermaksud Sungai Raja. Sungai ini adalah salah satu punca kemajuan Bangkok. Sungai ini juga adalah sungai yang terpanjang dan terpenting di Thailand. Sekitar 50 ribu penduduk Thailand yang masih menggunakan sungai ini dan sungai ini juga merupakan laluan feri untuk menuju ke tempat kerja. Pelancong yang datang dapatlah menikmati keindahan sekitar bandar Bangkok.

 

11. Chatuchak Market, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - chatuchak

Ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda yang suka sangat membeli-belah. Tempat ini mempunyai keluasan sekitar 27 ekar dan mempunyai lebih dari 800 gerai. Chatuchak Market menjadi salah satu pasar yang terbesar di dunia. Setiap hari Sabtu dan Ahad ia mampu menarik 200 ribu pelancong untuk datang.

Hari & Masa               : Sabtu & Ahad (9am – 6pm ) , Jumaat ( 6pm – 12am )

Seksyen Tumbuhan : Rabu & Khamis ( 7pm – 6pm )

 

12.Terminal 21, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - terminal 21

Eh Terminal ? Ok ni bukan terminal pengangkutan ya tapi ini adalah sebuah pusat membeli-belah yang berbeza dengan yang lain. Setiap tingkat di tempat ini memiliki tema yang berbeza.

Tingkat LG – Tema Caribbean

Ground Floor – Rome, Mezzanine, Paris

Level 1 – Tokyo, Level 2 -London , Level 3 – Istanbul, Level 4 – San Francisco, Level 5 – Los Angeles

Hari & Masa : Setiap Hari ( 10am – 10pm )

 

13. Jim Thompson House, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - jim thomson

Jim Thompson adalah seorang usahawan Amerika yang berjaya di Thailand. Beliau merupakan seorang usahawan ternama yang terlibat di dalam industri Thailand sehingga dianugerahkan “The Order of the White Elephant”, ini adalah anugerah yang khas diberikan kepada orang luar negara yang menyumbang kepada negara Thailand.

Rumah beliau telah dijadikan muzium sutera Thailand, beliau telah hilang tanpa jejak semasa bercuti di Cameron Highland, Malaysia. Sehingga kini, beliau tidak ditemukan.

Hari & Masa       : Setiap ( 9am – 6pm)

Bayaran Masuk : Dewasa 150 Baht, Bawah 22 tahun 100 Baht

 

14. Sook Siam, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - sook siam

Sook Siam adalah tempat di mana pelancong dapat melihat kepelbagaian budaya dan kesenian di Thailand. Tempat ini menempatkan lebih daripada 3 ribu buah perniagaan tempatan di dalam sebuah kawasan yang indah untuk menggambarkan budaya yang wujud di Thailand. Anda juga berpeluang untuk bermain permainan tradisional Thailand dari zaman dahulu.

Hari & Masa : Setiap Hari ( 10am – 10pm )

 

15. MBK Shopping Centre, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - mbk shopping

MBK Shopping centre ialah pusat membeli-belah yang sangat terkenal di Bangkok. Pusat membeli belah ini mempunyai 8 tingkat dan menempatkan 2 ribu buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Di sini juga anda boleh berhibur di pusat karaoke, menonton movie di panggung multi-screen dan lain-lain lagi.

Masa : 10am – 10pm

 

16. Asiatique City, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - asiatique city

Tempat ini adalah salah satu tempat membeli-belah outdoor yang terletak di tepi sungai. Pelbagai barangan boleh didapati di sini dengan harga yang murah. Anda berpeluang dapat menaiki bot secara percuma untuk melihat panorama malam di Bangkok. Selain itu, anda boleh membeli-belah pakaian, cenderahati dan terdapat juga makanan ringan. Antara tempat yang best di Bangkok anda patut lawati.

 

17. Art in Paradise , Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - art paradise

Art in Paradise adalah salah satu tarikan pelancongan dimana anda boleh mendapatkan pelbagai gambar yang lawa dengan berlatarkan karya 3D yang telah dipersembahkan di sini. Terbahagi kepada 6 seksyen – Zon MediaArt, Zon Moden, Zon Akuarium & Safari, Zon Alam Semula Jadi, Zon Klasik dan Zon Fantasi. Anda perlu membuka kasut untuk masuk ke galeri ini kerana ada lukisan yang dilukis di atas lantai.

Hari & Masa       : Setiap hari (10am – 10pm )

Bayaran Masuk : Dewasa 400 Baht, Kanak-kanak 200 Baht

 

18. Dreamworld, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - dreamworld

Ini adalah salah satu tempat yang best di Bangkok, ianya sama seperti Disney World. Di sini anda boleh menyaksikan “The Animal Show” atau “Hollywood Action” untuk persembahan live seperti aksi lasak dengan bahan letupan dan banyak lagi. Pelbagai permainan yang menarik antaranya Hurricane Ride, Viking Ride, Tornado Ride, Super Splash, Grand Canyon Ride dan banyak lagi.

Bayaran Masuk : 1,100 Baht

Pakej                      : Pakej A ( Rides, Snow Town, Water Fun, Transfer) – 1,125 Baht

                                     Pakej B ( Rides, Water Fun, Buffet, Transfer ) – 1,300 Baht

 

19. Wat Pho / Wat Chetuphon, Bangkok

BEST di Bangkok - wat pho

Di Thailand terdapat banyak tokong-tokong dan lokasi patung Buddha kerana penduduk di Thailand kebanyakkannya menganut agama Buddha. Tempat yang best sebegini menarik perhatian pelancong kerana usianya yang telah mencecah ratusan tahun. Ini adalah salah satu tokong Buddha yang klasik dan tertua di Bangkok.

Hari & Masa       : Setiap Hari ( 8.30am – 6pm)

Bayaran Masuk : 100 Baht

 

20. Grand Palace, Bangkok

Tempat BEST di Bangkok - grand palace

Ini adalah salah satu tempat yang best di Bangkok. Lokasi bersejarah yang wajib anda singgah. Istana ini telah dibina pada tahun 1782 diguna sebagai tempat tinggal keluarga diraja. Keluasan sekitar 214 ribu kaki persegi. Pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar dengan keunikan istana, masa 1 jam atau lebih sejam untuk melihat seluruh kawasan istana ini.

Hari & Masa : Setiap Hari ( 8.30am – 3.30pm )

 

 

Comments

Leave a Reply