Annyeonghaseyo… 72 Tempat Menarik di Korea yang Menyesal Tak Dilawati
tempat menarik di korea

“Awak ni macam peminat KPOP kan, mana tempat menarik di Korea untuk holiday?”

Sekiranya anda masih belum tahu apa yang menarik di Korea Selatan, berikut adalah 72 tempat menarik di Korea yang pasti mengujakan anda.

Pastinya trip ke Korea anda ini berbaloi-baloi.

Ini Dia 72 Tempat Menarik di Korea

1. Namsan Tower

Image result for namsan tower

Tak sah trip anda ke Korea kalau tidak melawat Namsan Tower.

Ia merupakan mercu tanda yang ikonik di Seoul yang terletak di atas bukit.

Dengan ketinggian 236.7 meter, anda boleh menikmati panorama kota Seoul yang semestinya memukau.

2. Namsan Park

Image result for namsan park

Namsan Park terletak berhampiran dengan Namsan Tower.

Ia merupakan lokasi bersejarah dan pernah dijadikan kawasan kubu dari serangan musuh.

Di sini, anda boleh menikmati keindahan lanskap yang memukau terutama sekali ketika musim luruh.

3. Dongdaemun Design Plaza (DDP)

Image result for dongdaemun design plaza

Kawasan ini merupakan salah satu tempat menarik di Seoul kerana seni binanya yang unik dan futuristik.

Ia merupakan rekaan seorang arkitek terkenal iaitu Zaha Hadid.

Tempat ini juga merupakan pusat kreatif Korea. 

4. Myeongdong 

Image result for myeongdong

Myeongdong adalah syurga membeli-belah di Korea yang anda wajib singgah.

Jika anda ingin mencari skincare dan produk mekap buatan Korea, inilah tempatnya.

Di sini juga ada dijual souvenir yang boleh dibawa pulang.

5. Namdaemun 

Image result for namdaemun

Namdaemun merupakan sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan menarik.

Terletak berhampiran dengan Myeongdong, di sini juga ada dijual pelbagai jenis hadiah dan buah tangan untuk anda bawa pulang.

6. Insadong 

Image result for insadong

Pada zaman Dinasti Joseon, Insadong merupakan tempat pelukis-pelukis Korea mempelajari seni lukisan.

Kini, ia kekal dengan semangat kesenian dengan pelbagai jenis galeri seni, lukisan dan kraftangan yang boleh dilawati.

7. Pulau Nami

Image result for nami island

Walaupun dia terletak sedikit jauh dari Seoul, Pulau Nami merupakan salah satu tempat menarik di Korea.

Ia sangat sesuai bagi pencinta keindahan alam semulajadi. Anda boleh ke sini dengan menaiki feri.

8. Petite France

Image result for petite france nami island

Di Petite France, anda boleh rasai pengalaman seperti di Perancis, walaupun anda sebenarnya berada di Korea!

Taman teman ini merupakan inspirasi dari novel Perancis terkemuka, The Little Prince. Ia merupakan tempat menarik di Korea pada musim sejuk.

9. Hangang Park

Related image

Hangang Park terletak di tepian Sungai Hangang. Ia merupakan sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Ia juga yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ‘skate rink’, laluan basikal dan juga kolam renang.

10. Taman Negara Bukhansan 

Image result for bukhansan national park

Taman Negara Bukhansan adalah tempat menarik di Korea yang terdiri dari Gunung Bukhansan dan Dobongsan.

Di sini juga terdapat Kubu Bukhansanseong. Kubu ini mempunyai 15 pintu gerbang dan 120 bilik

11. National Museum of Korea

Bila melancong ke negara orang, pasti banyak yang ingin dipelajari mengenai negara tersebut.

Kalau begitu, anda mesti lawati National Museum of Korea.

Pamerannya tersusun kemas, lengkap dengan penerangan dalam Bahasa Inggeris.

12. Istana Gyeongbokgung

Related image

Bagi penggemar K-drama bersejarah, anda mesti lawati istana ini.

Istana Gyeongbokgung merupakan antara istana yang tercantik dan terbesar di Seoul.

13. Istana Changdeokgung

Image result for changdeokgung palace

Lagi satu istana yang anda perlu singgah adalah Istana Changdeokgung.

Istana ini adalah sangat luas. Anda memerlukan sekurang-sekurangnya 2 jam untuk menerokai keseluruhan kawasan istana. 

14. National Folk Museum of Korea

Image result for national Folk Museum of Korea

Tempat menarik di Korea ini adalah contoh sebenar tentang kehidupan masyarakat Korea pada zaman dahulu.

Ia terletak berhampiran dengan Istana Gyeongbokgung, iaitu di arah timur Hyangwonjeong Pond.

15. Gwanghamun Square 

Image result for gwanghwamun square

Gwanghamun Square merupakan lagi satu destinasi yang terletak berhampiran dengan Istana Gyeongbokgung.

Selepas anda menerokai istana itu, anda boleh berjalan kaki ke sini.

16. Itaewon 

Image result for itaewon korea

Itaewon adalah bandar yang terkenal sebagai tempat makanan halal bagi pelancong Muslim.

Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan halal, termasuk makanan Korea yang asli di sini.

17. Seoul Central Mosque

Related image

Jika anda lawati Itaewon, anda mesti singgah Seoul Central Mosque. Ia merupakan masjid terbesar di Korea. 

18. Yang Good BBQ Restaurant

Image result for yang good bbq seoul

Dah sampai ke Korea, rugi rasanya kalau tak cuba daging BBQ Korea.

Jangan risau, Yang Good BBQ Restaurant menyajikan daging yang halal. Jadi anda boleh makan tanpa was-was.

19. Bukchon Hanok Village

Image result for bukchon hanok village

Perkampungan ini pula adalah lokasi terbaik untuk mendalami budaya masyarakat Korea.

Di sini terdapat beratus-ratus rumah tradisional Korea.

20. Samcheong-dong

Related image

Kawasan ini merupakan lorong-lorong kecil yang menghubungkan pintu masuk utama ke Bukchon Hanok Village.

Samcheong-dong merupakan tempat menarik yang penuh dengan kafe comel, kedai antik dan galeri.

21. Lotte World

Image result for lotte world

Tempat menarik di Seoul ini merupakan indoor theme park terbesar di dunia.

Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Indoor Adventure Theme dan Magic Island Theme. 

22. Everland Theme Park

Image result for everland theme park

Theme park terbesar di dunia adalah Everland Theme Park.

Ia mempunyai lima bahagian, iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure.

23. SM Town at Coex Artium 

Image result for sm town coex artium

Bagi peminat Kpop, anda wajib lawati tempat menarik ini.

SM Town terdiri daripada SM Town Studio, SM Town Theatre dan SM Town Café. 

24. Starfield Library

Image result for starfield library

Di tengah-tengah Coex Artium, terdapat Starfield Library. Ia merupakan tempat tumpuan bagi pencinta buku.

25. Kuil Bongeunsa

Image result for bongeunsa temple

Kuil ini merupakan tempat menarik di Seoul yang terletak di tengah-tengah bandar.

Kuil Buddha ini mempunyai binaan yang menarik dan taman yang indah. 

26. Kuil Gyeongju Bulguksa

Image result for gyeongju bulguksa temple

Kuil ini terletak di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju.

Ia telah dibina sejak zaman pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla pada tahun 751.

27. Yongpyong Ski Resort

Image result for yongpyong ski resort

Ski resort ini merupakan tempat menarik di Korea pada musim sejuk.

Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai sukan musim sejuk dari pertengahan November hingga awal April. 

28. Daemyung Resort Vivaldi Park

Related image

Untuk ke resort ini, anda boleh menaiki bas percuma yang ditawarkan khas untuk pelancong asing. Kawasannya yang luas menjadikan ski resort ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

29. Incheon Bridge

Image result for incheon bridge

Berukuran 21.39 km, jambatan ini merupakan yang ketujuh terpanjang di dunia. Dari jambatan ini, anda boleh menikmati keindahan laut dan juga bandaraya Incheon.

30. Incheon Grand Park

Related image

Seperti namanya, Incheon Grand Park sememangnya taman yang sangat grand!

Tanpa mengira musim, taman ini sentiasa memiliki lanskap yang indah. Ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk seisi keluarga.

31. Songdo Central Park

Image result for songdo central park

Jika dibandingkan dengan Central Park New York, Songdo Central Park tidak kurang hebatnya. Walaupun dikelilingi dengan hutan konkrit, ia tetap kaya dengan tumbuhan hijau.

32. Jayu Park

Image result for jayu park

Jayu Park juga dikenali dengan nama Freedom Park. Taman yang indah ini terletak di atas bukit.

Ia menjanjikan pemandangan indah sekitar Incheon, lautan dan gunung-ganang.

33. Incheon Children’s Science Museum

Image result for incheon children science museum

Jika anda merasakan muzium adalah membosankan, anda mesti berkunjung ke muzium ini.

Ia mempunyai pelbagai pameran interaktif yang pasti menarik minat bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa.

34. Songwol-dong Fairy Tale Village

Image result for songwol-dong fairy tale village

Bercuti dengan anak-anak kadangkala boleh membuatkan mereka bosan jika tidak kena gaya.

Apa kata, anda bawa mereka ke perkampungan dunia dongeng ini. Ia penuh dengan pelbagai karakter kartun yang terkenal seperti Peter Pan dan Cinderella. 

35. Garosu-gil Street

Image result for garosugil street

Dalam Bahasa Korea, Garosu-gil bermaksud jalan yang dipenuhi deretan pokok. Begitulah gambaran kawasan ini, penuh dengan deretan pokok gingko.

Kawasan ini merupakan tempat menarik di Korea pada musim luruh. 

36. Jjajangmyeon Museum

Image result for jjajangmyeon museum

Bagi penggemar makanan Korea, pasti anda tahu jjajangmyeon.

Mee yang terkenal ini mempunyai muziumnya sendiri. Jika anda ingin tahu sejarah mee ini, anda kena lawati muzium ini.

37. Ganghwa Chojijin Fortress

Related image

Kubu ini telah dibina sejak tahun 1655 lagi. Ia berfungsi untuk mempertahankan Korea dari serangan musuh yang datang dari arah laut.

Di sini anda boleh lihat sendiri buah meriam yang digunakan pada era Dinasti Joseon.

38. Kuil Jeondeungsa

Image result for jeondeungsa temple

Kuil ini telah wujud sejak zaman Dinasti Goryeo. Ia memiliki seni bina yang mengagumkan.

Di dinding bangunan terdapat nama-nama pejuang Korea yang berlawan menentang tentera Perancis pada suatu ketika dahulu.

39. Pulau Sindo

Image result for sindo island

Sebenarnya Pulau Sindo merupakan salah satu dari tiga buah pulau yang dihubungkan dengan jambatan. Dua pulau lain adalah Pulau Sido dan Pulau Modo.

40. Pulau Jeju

Image result for jeju island

Pulau Jeju merupakan pulau yang terkenal di Korea. Ia juga dikenali sebagai “Kota Bulan Madu Korea Selatan”.

Pulau indah ini menempatkan beberapa buah destinasi yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

41. Jeju Folk Village Museum

Image result for jeju folk village museum

Dah datang ke Pulau Jeju, anda mesti singgah ke perkampungan klasik di sini. Di Jeju Folk Village Museum, anda boleh lihat sendiri persekitaran masa lalu.

42. Manjanggul Cave

Image result for manjanggul cave jeju

Destinasi ini merupakan tapak warisan UNESCO di Korea. Manjanggul Cave adalah salah satu dari gua atau terowong yang terpanjang di dunia.

43. Seongsan Ilchulbong

Image result for seongsan sunrise peak

Tempat menarik di Jeju ini juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak. Destinasi unik ini juga diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia. 

44. Pantai Jungmun

Image result for jungmun beach

Pantai yang indah ini sering dijadikan lokasi K-drama. Pantai Jungmun sememangnya unik dengan pasirnya yang pelbagai warna seperti merah, hitam, putih dan kelabu. 

45. Jeongbang Falls

Related image

Salah satu tempat menarik di Korea yang sering menjadi tarikan pelancong adalah Jeongbang Falls.

Air terjun ini merupakan satu-satunya air terjun yang mengalir jatuh terus ke dalam lautan di Asia.

46. Cheonjeyeon Waterfall

Image result for cheonjeyeon waterfall

Cheonjeyeon Waterfall adalah air terjun tiga tingkat yang unik dan sangat indah.

Untuk melihat kesemua tingkat air terjun ini, anda perlu mendaki anak tangga yang banyak. Namun ia menjanjikan pemandangan yang sangat berbaloi.

47. Mount Hallasan

Image result for mount hallasan

Tidak sah trip anda ke Jeju jika tidak berkunjung ke Mount Hallasan. Dengan pelbagai jenis flora dan fauna, sememangnya menjadi kegemaran pencinta alam semulajadi.

48. Jeju Waterworld

Image result for jeju waterworld

Hilangkan penat lelah anda dengan bermain air di Jeju Waterworld. Selain dari itu, ia juga menawarkan sauna, spa, kampung herba dan tempat bermain golf indoor.

49. Teddy Bear Museum

Image result for teddy bear museum jeju

Teddy Bear Museum pernah muncul dalam K-drama popular, iaitu Princess Hours.

Di sini juga terdapat pameran teddy bear dalam karakter berbeza seperti Elvis Presley, Marilyn Monroe dan Madonna.

50. O’Sulloc Tea Museum

Image result for o'sulloc tea museum

Muzium teh di Jeju ini memiliki rekaan dalaman yang elegen dan dikelilingi dengan tanaman teh hijau. Jangan lupa untuk mencuba teh panas percuma di kedai ini.

51. Pulau Dongbaekseom 

Image result for dongbaekseom island

Meskipun ia digelar pulau, sebenarnya Pulau Dongbaekseom bersambung dengan tanah di kota Busan.

Ia kerana proses pemendapan yang berlaku. Jangan lupa singgah rumah api jika anda singgah ke sini.

52. Pantai Gwangalli 

Image result for gwangalli beach

Pantai ini merupakan tempat menarik di Busan yang sering mendapat sambutan.

Datang ke sini terutama sekitar bulan Oktober, ketika Busan Internation Firework Festival diadakan. Dari sini juga anda boleh melihat keindahan jambatan Gwangandaegyo.

53. Pantai Haeundae

Image result for haeundae beach

Busan merupakan pelabuhan yang dikelilingi dengan beberapa buah pantai.

Dengan kepanjangan 1.5 km, Pantai Haeundae menawarkan pemandangan yang memukau. Pantai ini merupakan tempat menarik di Korea pada musim panas.

54. Taejongdae Park

Image result for taejongdae train

Jika anda sampai ke Taejongdae Park, jangan lepaskan peluang untuk menaiki keretapi Danubi.

Keretapi hop-on hop-off ini akan membawa anda ke semua destinasi menarik di sini. Antaranya seperti rumah api, tebing dan tapak dinosaur. 

55. Masjid al-Fatah Busan

Image result for busan al fatah mosque

Bagi yang beragama Islam, kadangkala terasa sukar untuk mencari masjid di Korea.

Jangan risau. Sekiranya anda datang ke Busan, singgah sahaja ke Masjid al-Fatah Busan.

56. Sea Life Busan Aquarium

Image result for sea life busan aquarium

Jika anda sukakan hidupan laut, anda mesti lawati Sea Life Busan Aquarium. Tempat menarik di Busan ini mempunyai sekitar 250 spesis haiwan marin berbeza.

57. Kuil Haedong Yonggungsa

Image result for haedong yonggungsa temple

Kuil Haedong Yonggungsa ini terletak di kawasan tebing bersebelahan lautan indah.

Di sini, anda boleh merasai bayu laut yang cukup menyegarkan. Kuil telah wujud sejak tahun 1376 lagi.

58. Kuil Beomeosa

Image result for beomeosa temple

Lagi satu kuil yang terletak di Busan. Kuil Beomeosa sememangnya cantik dan klasik. Tempat menarik di Korea ini sesuai dikunjungi pada musim luruh.

59. Busan International Film Festival (BIFF) Square

Image result for biff square

Destinasi ini merupakan lokasi terkenal buat kaki shopping dan juga pencinta makanan.

Jika anda singgah di sini, jangan lupa untuk cuba makanan popular yang terkenal iaitu Hotteok. Murah dan sedap.

60. Gamcheon Culture Village

Image result for gamcheon culture village

Gamcheon Culture Village penuh dengan warna-warni di setiap sudut! Kawasan perkampungan ini bertingkat-tingkat, jadi pastikan anda memakai kasut yang selesa semasa ke sini.

61. Apsan Observatory 

Image result for apsan observatory

Terdapat dua cara untuk ke Apsan Observatory;

Cara yang pertama, anda boleh mendaki hingga ke puncak gunung Apsan.

Cara yang kedua, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan di kaki gunung.

62. Apsan Park

Image result for apsan park

Tempat menarik di Daegu ini terletak di sekitar gunung Apsan. Bolehlah anda berjalan-jalan di Apsan Park dan menikmati keindahan pemandangan Daegu.

63. Dongseongno Street

Dongseongno Street merupakan jalan yang terkenal di Daegu. Di sini terdapat pelbagai jenis kedai pakaian, aksesori, barang kemas dan panggung wayang.

64. Bukbu Asia Town

Destinasi ini merupakan tarikan yang terkenal di Korea, terutama di kalangan pelancong Asia.

Di sini terdapat bermacam kedai runcit dan restoran makanan halal.

65. Hillcrest 

Image result for hillcrest daegu

Hillcrest merupakan sebuah taman tema eko yang sentiasa meriah dengan pelbagai jenis aktiviti. Aktiviti yang ditawarkan adalah mengikut kesesuaian musim di Korea.

66. Biseul Mountain 

Image result for biseul mountain

Biseul Mountain mempunyai ketinggian 1084 meter. Ia merupakan destinasi indah yang sesuai dilawati tanpa mengira musim. Destinasi ini mesti dilawati di Daegu.

67. Daegu Arboretum 

Related image

Untuk pengetahuan anda, Daegu Arboretun pernah menjadi tapak buangan sampah. Kini, ia telah berubah menjadi destinasi yang sangat mempersonakan.

68. 83 Tower Daegu

tempat menarik di daegu korea

83 Tower ini merupakan tempat menarik di Daegu. Ia merupakan bangunan ikonik dan menara tertinggi di Daegu.

Anda disarankan untuk berkunjungi ke sini semasa hari Festival Starlight untuk menyaksikan sekitar 8 juta lampu LED dinyalakan.

69. E-World Daegu

Related image

Alang-alang dah ke 83 Tower Daegu, apa kata anda terus ke E-World Daegu. Taman tema ini mempunyai pelbagai jenis tarikan menarik. Antaranya seperti magic castle, carousel dan roller coaster.

70. Kim Gwang Seok Street

Image result for kim gwangseok-gil street

Pada mulanya, sebuah tugu telah dibina untuk memperingati penyanyi dan penulis lagu terkenal Korea, Kim Gwang Seok, yang telah meninggal dunia di usia muda.

Kini, jalan sekitarnya juga telah dihias dengan kreatif.

71. Kuil Haeinsa (Hapcheon)

Image result for haeinsa temple

Kuil Haeinsa ini terletak di pergunungan Kaya di Hapcheon. Ia menempatkan koleksi lengkap teks Buddha yang terukir pada ribuan blok kayu.

72. Zon Ketenteraan DMZ

Image result for dmz korea

Korean Demilitarized Zone adalah terkenal sebagai garis sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. DMZ berukuran 250 km panjang dan 4 km lebar.

Di sini terdapat tarikan yang menggambarkan keadaan politik antara dua negara ini.


Adora Travel

Anda ingin berkunjung ke Korea yang best dan relax? Dapatkan pakej percutian Korea Adora Travel.

Adora Travel menawarkan pakej percutian Korea yang mesra Muslim. Anda akan dibawa ke restoran halal yang menjadi tumpuan pelancong Muslim.

Penginapan yang disediakan juga mesra Muslim dan lengkap dengan penunjuk kiblat.

Adora Travel merupakan agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu dengan servis yang ditawarkan. 

Comments

Leave a Reply