21 Tempat Menarik di Malaysia Untuk Honeymoon (Confirm Romantik)
tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

“Sayang, dah ada tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon kita ke?”

Sekiranya anda masih belum lagi merancang tempat percutian honeymoon anda, berikut adalah 21 tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon.

Pastinya cuti berbulan madu anda suatu pengalaman yang istimewa dan tidak dapat dilupakan.

 

Tempat Menarik Honeymoon di Malaysia

1. Pulau Mabul, Sabah

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Pulau Mabul sangat terkenal bagi mereka yang gemarkan percutian pantai. Jika anda dan pasangan suka melakukan aktiviti snorkelling dan menyelam, pulau ini sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi honeymoon anda.

Pulau ini telah diiktiraf sebagai salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia. Ini kerana kejernihan airnya yang sangat memukau. Ia menawarkan tempat honeymoon menarik di Malaysia yang seakan-akan pantai di Bora-Bora.

 

2. Pulau Langkawi, Kedah

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Jika anda inginkan kelainan, alami detik romantik dan istimewa bersama pasangan anda di atas kapal layar. Anda boleh dapatkan pakej makan malam romantik sambil menikmati keindahan panorama Pulau Langkawi.

Anda dan pasangan juga boleh menghabiskan masa bersama di tepi pantai. Pantai yang jernih dan pasir yang putih semestinya menjadi tarikan. Selain itu, anda juga boleh memanjakan diri dengan pakej spa dan urutan badan.

 

3. Cameron Highlands, Pahang

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Cuaca yang sejuk menjadikan Cameron Highlands sebagai tempat yang sempurna untuk berbulan madu. Pencinta alam semulajadi pasti suka akan pemandangan di destinasi ini yang segar dan menghijau.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya seperti melawat ladang teh dan memetik sendiri buah strawberi. Anda juga boleh bergambar bersama pasangan dengan berlatar belakangkan keindahan Cameron Highlands dan muat naik ke Instagram.

 

4. Fraser’s Hill, Pahang

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Bukit Fraser boleh dikatakan sebagai kurang membangun jika dibandingkan dengan destinasi tanah tinggi yang lain. Namun begitu, ia menjadi Bukit Fraser sebagai destinasi menarik untuk honeymoon bagi anda yang inginkan privasi.

Suhunya yang sejuk, sekitar 17-24°C, menjadikan ia sebagai salah satu tempat percutian yang romantik. Anda boleh menghabiskan masa berdua dengan pelbagai aktiviti seperti menaiki sampan sambil memberi makan ikan di Allan’s Water.

 

5. Pulau Gaya, Sabah

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Pulau Gaya terletak di luar Pantai Borneo. Anda boleh datang ke pulau ini dengan menaiki feri dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu dengan jelas.

Di pulau ini, anda boleh menginap di Gayana & Bunga Raya Eco Resort. Terdapat pelbagai aktiviti air yang disediakan, termasuk snorkelling dan kayak. Selain itu, rawatan spa juga disediakan.

 

6. Port Dickson, Negeri Sembilan

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Inginkan percutian honeymoon yang mewah dan penuh privasi? Port Dickson menawarkan destinasi yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Resort menawarkan chalet terapung atas air. Setiap bilik mempunyai kolam renang sendiri, istimewa buat pengunjung. Anda juga boleh menikmati pemandangan laut terus dari balkoni bilik anda.

 

7. Pulau Pangkor, Perak

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Pulau Pangkor merupakan antara pulau tercantik di Malaysia. Kaya dengan kecantikan batu karang dan pelbagai sepsis ikan membuatkan pulau ini sangat unik dan istimewa. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi honeymoon anda.

Anda boleh menghabiskan masa berdua dengan pelbagai aktiviti air seperti menaiki banana boat, jet ski dan parasailing. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar di sekitar pulau dan memberi makan burung hornbill.

 

8. Kinabatangan, Sabah

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Buat anda yang cintakan alam semulajadi dan gemarkan adventure, Kinabatangan menjanjikan pengalaman yang unik. Nikmati keindahan alam yang sedikit berbeza bersama pasangan anda dengan melawati River Safari.

Di sini, anda boleh menyusuri tasik Kinabatangan dengan menaiki bot. Dengan pemandangan yang memukau serta hidupan liar, pasti menjadikan honeymoon ini satu pengalaman yang menakjubkan.

 

9. Bandar Melaka

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

 

Bandar Melaka merupakan destinasi yang kaya dengan sejarah dan budaya. Jika anda dan pasangan merupakan penggemar budaya, Bandar Melaka merupakan destinasi tepat untuk honeymoon di Malaysia.

Terdapat banyak tempat bersejarah dan tarikan pelancong yang boleh anda lawati. Selain itu, anda juga boleh menikmati River Cruise di sepanjang Sungai Melaka. Pada waktu malam, anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan menaiki beca yang berwarna-warni.

 

10. Pulau Pinang

 

Pulau Pinang merupakan destinasi honeymoon popular di Malaysia. Terdapat pelbagai tempat menarik yang anda mesti lawati ketika di sini. Antaranya seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis dan Pantai Batu Ferringhi.

Pulau Pinang juga kaya dengan pelbagai budaya. Ia sering menjadi destinasi pilihan buat pencinta makanan. Jangan lupa untuk mencuba Nasi Kandar dan Pasembor semasa anda berbulan madu di sini.

 

11. Kundasang, Sabah

 

Kundasang merupakan antara tempat percutian menarik di Sabah. Bagi pasangan pengantin baru dari Semenanjung, anda mesti berbulan madu di sini. Dengan cuaca yang sejuk, anda boleh menghirup udara segar dan menikmati pemandangan yang hijau.

Di Kundasang, terdapat ladang tenusu Desa Cattle Dairy Farm. Ia juga dikenali sebagai “Little New Zealand”. Dengan lembu-lembu ternakan dan padang yang luas, sesuai untuk bergambar dengan pasangan seolah-olah anda berada di New Zealand.

 

12. Raub, Pahang

 

Di Raub, tersembunyi sebuah destinasi honeymoon yang terletak di tengah-tengah keindahan hutan Pahang yang menghijau. Lokasi ini terletak hanya kira-kira 1 jam dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.

Casabrina Vacation Villas menawarkan percutian mewah sambil menikmati kehijauan alam semulajadi. Di sini, anda boleh meluangkan masa bersama pasangan dengan lebih privasi.

 

13. Pulau Perhentian, Terengganu

 

Pulau Perhentian merupakan destinasi pilihan popular honeymoon di Malaysia. Pulau ini terbahagi kepada dua, iaitu Pulau Kecil dan Pulau Besar. Anda boleh pilih untuk menetap di pulau pilihan anda.

Terdapat pelbagai aktiviti air yang boleh dilakukan bersama pasangan. Antaranya seperti scuba diving dan snorkelling. Selain itu, anda juga boleh melawat Kincir Angin D’Lagoon dan melihat habitat penyu.

 

14. Pulau Redang, Terengganu

 

Bagi pencinta pantai, Pulau Redang merupakan sebuah destinasi honeymoon terbaik untuk anda. Sama seperti pulau-pulau lain, Pulau Redang juga menawarkan pelbagai aktiviti air seperti scuba diving dan snorkelling.

Namun begitu, pulau ini mempunyai lebih banyak pantai yang boleh diterokai. Antaranya seperti Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong dan Pantai Teluk Dalam. Anda boleh menghabiskan masa dengan bersiar-siar bersama pasangan.

 

15. Pulau Sibu, Johor

 

Pulau Sibu merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Johor. Pulau kecil ini hanya berukuran kira-kira 6 km panjang. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi bulan madu buat pasangan pengantin baru.

Selain dari pantai berpasir yang keputihan, ia juga kaya dengan hutan hujan yang subur. Tambahan lagi, terumbu karang di pulau ini merupakan antara yang tercantik di Malaysia. Oleh itu, anda mesti scuba diving semasa percutian honeymoon anda.

 

16. Kuching, Sarawak

 

Bagi pasangan yang berasal dari Semenanjung, Kuching pasti akan menjadi tempat honeymoon yang menarik buat anda. Kuching merupakan bandaraya yang kaya dengan budaya dan sejarah.

Terdapat banyak tempat menarik yang anda mesti kunjungi semasa percutian bulan madu. Antaranya ialah Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Taman Negara Bako dan Fort Margherita. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba makanan istimewa Sarawak seperti mee kolok dan laksa Sarawak.

 

17. Pulau Tioman, Pahang

 

Ramai yang mengidamkan percutian honeymoon di Maldives. Jangan risau, anda masih boleh menikmati suasana seakan-akan Maldives dengan bercuti di Pulau Tioman.

Di pulau ini, air laut sangat jernih sehingga anda boleh lihat ke dasar laut. Anda boleh bersantai di pantai bersama pasangan dan menikmati bayu laut yang nyaman.

 

18. Bukit Tinggi, Pahang

 

Bukit Tinggi merupakan destinasi honeymoon yang sering menjadi pilihan. Di Colmar Tropicale, anda akan rasa seakan-akan di luar negara. Dengan struktur bangunan inspirasi dari Perancis, destinasi ini menjanjikan kelainan buat anda dan pasangan.

Selain itu, anda juga boleh melawati perkampungan Jepun. Di sini terdapat perkhidmatan sewa kimono jadi anda boleh bergambar seperti anda sedang berada di Jepun. Anda juga boleh mengikuti kelas membuat teh Jepun.

 

19. Semporna, Sabah

 

Dari Semporna, anda boleh menaiki bot untuk ke sebuah tempat istimewa. Di Pulau Pom Pom, terdapat sebuah resort yang sememangnya sesuai untuk pengantin baru.

Jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota, anda pasti merasa sangat tenang dan nyaman di pulau ini. Anda boleh rehatkan badan dan minda bersama pasangan dengan rawatan spa dan menikmati pemandangan laut yang jernih.

 

20. Sepang, Selangor

 

Untuk menikmati percutian honeymoon yang menakjubkan, anda tidak perlu pergi jauh. Di Sepang, anda boleh rehatkan minda dan bersantai bersama pasangan di Avani Hotel.

Dengan bilik chalet terapung, terasa seperti percutian mewah dengan bajet yang murah. Selain itu, kolam renang infinity juga menjadi tarikan di resort ini. Boleh lah anda menikmati pemandangan matahari terbenam sambil berendam dalam kolam.

 

21. Genting Highlands, Pahang

 

Bagi anda yang sukakan taman tema, Genting Highlands merupakan destinasi bulan madu yang sesuai buat anda. Terkenal sebagai taman tema popular di Malaysia, Genting Highlands juga dikenali sebagai kota keriangan.

Selain dari taman tema dan permainan yang menarik, ia juga merupakan syurga membeli-belah. Pengantin perempuan pasti rambang mata dengan pelbagai butik jenama terkenal di Genting Premium Outlet.

 

Pakej Honeymoon Adora Travel

Anda sedang mencari tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon? Jangan risau, Adora Travel sedia membantu.

Adora Travel menawarkan pakej percutian honeymoon Maldives istimewa buat anda. Pakej ini menawarkan pengalaman honeymoon yang tidak akan anda lupakan. Penginapan dan makan adalah termasuk dalam pakej, jadi anda tidak perlu pening untuk uruskan.

Jika anda inginkan destinasi lain, usah gusar. Terdapat banyak lagi destinasi lain yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

 

Klik sini untuk menghubungi Adora Travel dengan segera

Comments

Leave a Reply