11 Tempat Menarik di Semporna (UPDATE 2020)
tempat menarik di Semporna

Panduan ini mengandungi semua yang anda perlu tahu mengenai tempat menarik di Semporna.

Merancang untuk bercuti, pasti pening dan serabut nak buat jadual perjalanan sendiri. Jika anda bercadang untuk bercuti di Sabah, apa kata anda melawat ke tempat menarik di Semporna.

Jangan risau, ada pakej percutian ke Semporna khas buat anda. Teruskan membaca hingga habis.

Kenapa Perlu Pergi ke Semporna?

Image result for beach vacation

Sebut sahaja Sabah, pasti ramai yang terbayangkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di negara bawah bayu ini.

Sabah sememangnya destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia mahupun pelancong asing.

Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Semporna yang anda boleh kunjungi?

Semporna merupakan sebuah pekan yang terletak di Tawau, Sabah.

Dengan kedudukan yang strategik, destinasi ini sering dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan aktiviti air.

Antara aktiviti menarik adalah scuba diving dan snorkeling.

Tempat Menarik di Semporna Sabah

Dikelilingi oleh banyak pulau, tempat menarik di Semporna sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Berikut merupakan pulau-pulau di Semporna yang anda mesti singgah:

1. Pulau Mabul

tempat menarik di semporna

Pulau ini merupakan tempat menarik di Semporna yang anda mesti singgah. Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah.

Saiz pulau ini adalah kecil dan melengkung. Dasarnya yang tidak dalam, amat sesuai untuk aktiviti scuba diving.

Di sini juga terdapat bermacam-macasm jenis batu karang dan spesies ikan.

2. Pulau Sipadan

tempat menarik di semporna

Pulau yang terkenal ini pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia.

Ia merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil dari batu kapur, dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang dengan penyu.

3. Taman Marin Tun Sakaran

tempat menarik di semporna

Taman marin ini, juga dikenali sebagai Semporna Islands Park.

Ia terdiri dari 8 pulau, termasuk Pulau Sebangkat, Selakan, Mantabuan serta menjadi kawasan terumbu karang yang terkenal.

Walaupun ia tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk pelancong, namun pelancong sentiasa dialu-alukan di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka pelbagai hidupan laut di sini.

4. Pulau Sibuan

tempat menarik di semporna

Pulau Sibuan terletak dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Pulau yang indah ini terkenal dengan pasir putih halus dan air yang jernih penuh dengan ikan pelbagai warna.

Ia juga kaya dengan pelbagai jenis batu karang.

Untuk memastikan keselamatan pelancong, pulau ini dijaga oleh Tentera Laut Malaysia.

5. Pulau Bohey Dulang

tempat menarik di semporna

Mengikut orang tempatan, pulau ini mendapat nama kerana bentuknya yang seperti dulang air.

Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari pekan Semporna yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai.

Tarikan utama pulau ini adalah pemandangan dari puncak Bohey Dulang.

Bagi anda yang gemar berhiking, inilah tempat sempurna untuk anda.

6. Pulau Kapalai

tempat menarik di semporna

Pulau Kapalai adalah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai pulau resort scuba diving.

Pulau ini terletak hanya 15 minit dari Pulau Sipadan.

Alang-alang, apa kata anda singgah ke Pulau Kapalai dan nikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.

7. Pulau Mataking

Jika anda inginkan pulau dengan air yang sangat jernih seperti Kristal, Pulau Mataking adalah pilihan terbaik.

Anda pasti terpukau dengan air laut yang biru kehijauan dan pasir putih yang halus.

Perairan pulau ini dipenuhi dengan bermacam spesis terumbu karang yang eksklusif.

8. Pulau Pom Pom

Image result for pulau pom pom

Pulau Pom Pom terletak dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang. Di dasarnya terdapat terumbu karang sepanjang 4 km.

Keistimewaan pulau ini ialah ia tidak mempunyai kampung atau kediaman manusia.

Kesan manusia yang minimum dan tiada pencemaran menjadikan ia sebagai tempat menarik di Semporna yang popular.

9. Pulau Bum Bum

Berbeza dengan Pulau Pom Pom, Pulau Bum Bum mempunyai ramai penduduk dan banyak kesan pembangunan di sekitar pulau ini.

Namun begitu, air lautnya kekal jernih dan cantik.

10. Pulau Timba-Timba

Image result for pulau timba timba

Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti island hoping, jangan lepaskan peluang untuk ke pulau ini.

Airnya yang jernih dan ikan yang berwarna-warni pasti memukau mata anda.

11. Pulau Bodgaya

Image result for pulau bodgaya

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur Sabah. Pulau ini adalah pulau terbesar dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Untuk pengetahuan anda, terumbu karang di sekitar pulau ini adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.

Rancang Percutian Anda ke Semporna

Jika anda merancang untuk bercuti ke Semporna, dapatkan pakej percutian Semporna bersama Adora Travel.

Sepanjang anda berada di Semporna, itinerari telah disediakan. Ia termasuk aktiviti menarik seperti:

  • snorkeling,
  • mandi laut,
  • hiking dan
  • sightseeing pulau di Semporna.

Anda juga boleh ber island hoping sekitar lebih dari 7 pulau di Semporna.

Terokai Tempat Menarik di Semporna bersama Adora Travel

Anda inginkan percutian ke Semporna yang relaks tapi menarik? Dapatkan pakej percutian dari Adora Travel.

Dengan deposit serendah RM300 per pax, anda boleh menikmati percutian yang menarik dan mesra muslim. Anda juga akan dihidangkan dengan makanan yang halal.

Selain itu, anda juga akan diiringi oleh tour guide tempatan yang berpengalaman dan peramah.

Pastinya anda akan dibawa ke tempat menarik di Semporna yang hanya orang tempatan sahaja tahu.

Istimewa bukan?

Comments

Leave a Reply