Tips Berbelanja di Bandung

Tips Berbelanja di Bandung

Kawah Putih - Tips Berbelanja di Bandung
Kawah Putih Bandung

Tips Berbelanja di Bandung

Membeli-belah akan menjadi mudah sekiranya anda tahu bagaimana hendak mengawal perbelanjaan dan memilih barangan yang sesuai. Membeli-belah adalah salah satu tarikan pelancongan yang sangat popular di dalam banyak pakej-pakej pelancongan setiap negara. Sekiranya anda datang ke Bandung untuk membeli-belah, anda telah datang ke tempat yang betul! Ada beberapa tips berbelanja di Bandung untuk memudahkan anda.

Kenapa “Bandung”?

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung sangat terkenal dengan iklimnya yang sederhana sehingga menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular pada masa kini. 

berbelanja

1. Sentiasa mencuba pakaian yang hendak dibeli.

kedai pakaian di pasar bandumg

Sebelum hendak membeli pakaian di kedai-kedai atau pusat membeli-belah, pastikan anda mencuba dahulu pakaian itu sebelum memebelinya. Hampir semua kedai pakaian dan tempat membeli belah mensarankan pembeli untuk mencuba pakaian itu sebelum membelinya. Ini bertujuan untuk memeriksa kualiti pakaian tersebut.Tips ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat dan dapat menjimatkan wang perbelanjaan.

2. Mencuba untuk mendapatkan potongan harga.

potongan harga barang

Sekiranya kamu bercadang untuk membeli barangan yang banyak seperti 2 dozen atau lebih, jangan berasa ragu-ragu untuk bertanya dan minta potongan harga, terutamanya apabila kamu membeli-belah di kedai pemborong. Pasar Baru adalah destinasi yang wajib untuk anda kunjungi.

3. Sentiasa membandingkan harga barangan dengan penjual yang lain.

Jika anda membeli-belah di tempat yang terbuka seperti kedai-kedai yang membolehkan untuk tawar-menawar, pastikan anda membandingkan dahulu barangan itu dengan kedai-kedai lain sebelum membelinya. Ini akan membantu anda dalam menjimatkan wang dan dapat mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun, tawar-menawar tidak dapat dilakukan di tempat-tempat seperti kedai berjenama dan pusat membeli-belah.

4. Menyewa kereta dan pemandu.

Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan, saya lebih menyarankan anda untuk sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali. Selalunya, harganya sangat berpatutan dan boleh juga untuk tawar-menawar harga sewaan. Ini akan lebih memudahkan anda yang tidak tahu jalan semasa di Bandung.

5. Menjaga barangan peribadi sendiri.

barang peribadi

Pickpocket sentiasa ada di mana-mana, terutamanya di kawasan kedai yang terbuka dan sesetengahnya lagi ada berada di pusat membeli-belah. Untuk lelaki, lebih baik jangan meletakkan dompet anda di pocket belakang. Untuk perempuan pula, sentiasalah meletakkan bag di hadapan badan anda bukan di tepi kiri atau kanan. Kepada yang menggunakan backpack, disarankan untuk membawanya di bahagian depan juga.

6. Cuba untuk mendapatkan tester.

fruit tester

Sekiranya anda ingin membeli makanan ringan, terutamanya di Pusat Perdangangan Pasar Baru,  peniaga tidak akan ragu-ragu untuk memberikan anda sedikit tester agar anda boleh memilih mana satu yang anda sukakan. Malangnya tester biasanya tidak boleh didapati di kedai-kedai kek utama.

7. Memperhatikan anak-anak anda.

Kemanapun anda pergi di Bandung, sama ada anda pergi ke tempat tarikan pelancongan seperti taman tema atau pasar-pasar, anda perlulah sentiasa memerhatikan anak anda dengan sebaiknya. Jangan sesekali membiarkan mereka jalan bersendirian, terutamanya di kawasan yang sesak seperti pusat membeli-belah.

Comments

Leave a Reply