TIPS MENCEGAH CORONAVIRUS

TIPS MENCEGAH CORONAVIRUS [UPDATED 2020]

Adora Travel & Tours akan share tentang tips mencegah coronavirus yang telah melanda seluruh dunia.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berada di negara yang terkena wabak coronavirus ? Ini adalah tips mencegah corovirus

Tips Mencegah Coronavirus - Covid19

1. Tips utama adalah menjaga kebersihan diri.

Tips anda menjaga kebersihan diri adalah dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air & sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer )

Sebaiknya anda perlu mencuci tangan dengan betul. Selepas itu anda seharusnya kerap menggunakan hand sanitizer yang mengandungi 60% kandungan alkohol. Tips mencegah coronavirus ini harus menjadi rutin setiap hari.

Ini adalah salah satu tips mengelakkan diri dari Covid-19 harus anda lakukan secara kerap.

Mencegah wabak Coronovirus - Jenama hand sanitizer
Contoh hand sanitizer yang boleh digunakan

2. Ketika anda melawat ke negara yang berlaku wabak coronavirus.

Tips mencegah coronavirus yang kedua ini, jika perjalanan anda melawat ke negara itu tidak dapat dielakkan.

Anda perlulah membawa sentiasa 2 benda paling penting :

Membawa dan mengguna :

– Penutup mulut dan hidung (mask yang sesuai)
– Bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

 

3. Jujur dengan doktor  yang anda pernah berada ke negara terkena coronavirus.

Contohnya, apabila anda berada di luar negara dan pergi ke tempat yang telah dilanda virus.

Sekiranya anda telah balik daripada melancong dari tempat yang terkena wabak, anda perlulah jujur memberitahu kepada staff yang bertugas di manakah tempat yang anda telah lawati dan apa yang anda lakukan di sana.

Anda juga harus memberitahu apa yang anda makan semasa berada di sana.

Salah satu tips memudahkan pihak menjejak  Covid-19 adalah  kejujuran anda menyampaikan maklumat.

 

4. Elakkan bersentuhan dengan org ramai

Sebaiknya anda mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah.

Anda juga perlu mengelakkan diri daripada bergaul dan duduk berdekatan dengan mana-mana individu yang terkena jangkitan.

 

5. Elakkan dari melawat ke tempat haiwan

Tips mencegah coronavirus  yang seterusnya ialah elakkan diri daripada pergi ke tempat-tempat seperti seperti ladang haiwan atau pasar yang menjual haiwan hidup, lebih baik anda

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan diri daripada pergi ke tempat penyembelihan haiwan-haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan. Ini membuatkan anda lebih mudah untuk dijangkiti.

 

6. Elakkan makan makanan mentah

Anda juga perlu mengelakkan diri daripada makan sebarang produk haiwan yang mentah atau masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Seperti seafood atau ayam separuh masak.

 

Tips Mencegah Coronavirus - Makanan Mentah
contoh Makanan Mentah

7. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit

Sebaiknya anda perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit.

Sekiranya anda mengalami  jangkitan saluran pernafasan seperti
1. demam,
2. batuk-batuk,
3. sukar bernafas

Dalam tempoh 14 Hari selepas pulang dari lawatan, anda perlu segera mendapatkan rawatan.

Anda juga perlu memaklumkan tempat-tempat yang anda pergi kepada doktor yang merawat anda.

Kebiasaannya pesakit tidak dapat mengesan  terkena jangkitan selama 14-27 hari.

 

8. Di quarantine *14 hari* selepas berkunjung ke negara yang terkena coronavirus.

Setelah sampai, anda perlu di kuarantin selama 14 hari selepas anda membuat lawatan daripada negara yang terkena wabak.

Anda wajin dikuarantin dan jelaskan dengan majikan anda untuk membenarkan anda untuk quarantine.

Ingat! anda perlu dikurung di rumah selama 14 hari tanpa keluar ke mana-mana pun. Ini adalah tips yang mencegah yang utama!

 

Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 6:00 petang yang dikeluarkan oleh WHO (10 Mac)

Tips Mencegah Coronavirus - Status Terkini

JOM JOIN TELEGRAM ADORA UNTUK DAPATKAN PROMOSI TIKET PENERBANGAN DAN DISCOUNT

KILIK SINI : TELEGRAM

 

 

Comments

Leave a Reply